Tuesday, May 26, 2009

KAEDAH BERSAHABAT


Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka.

9. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

10. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG

Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

Monday, May 25, 2009

DENGARLAH WAHAI KAUM WANITA"KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

1-Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

2-Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3-Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4-Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

5-Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

6-Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

7-Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

Saturday, May 23, 2009

Hari-hari Adalah Hari Guru..

Hari-hari adalah hari guru.. sebabnya hamba sentiasa dikelilingi dengan para guru.
abang-abang hamba juga guru, kakak-kakak hamba guru,ipar duai hamba pun guru jugak.. hamba pun guru…
Apapun selamat hari guru khas buat guru-guruku.. dan amnya kepada semua guru yang menyumbang kepada perkembangan Islam.

Sabda Rasulullah saw;
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَأَهْلَ اْلأَرْضِ حَتىَّ النَّمْلَةَ فِىْ جُحْرِهَا وَحَتىَّ الْحُوْتَ فِى الْبَحْرِ لِيُصَلُّوْنَ عَلى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya::
“Bahawasanya Allah dan segala Malaikat-Nya dan isi tujuh petala langit dan segala isi bumi hingga semut yang di dalam lubangnya dan hingga ikan yang di dalam laut, sesungguhnya mengucapkan shalawat (ya’ni mendoakan supaya mendapat kebajikan) atas orang yang mengajar akan manusia dengan kebajikan itu.” (riwayat at-Tirmizi)

BETUL KATA ORG"X knl maka x cinta"

Dah tiga minggu aku mengajar,aku cuba lakukan ape yg aku blajar dlm sbjk fiqh dkwh sem lps,aku cube dekati mrd2 aku ngn cara 'athifi ,kesannye alhamdulillah membanggakan..he2,mrd2 yang nakal mendgr kata2 ku,bkn 2 je malah dyorang lbh rapat lg ngn aku,aku lalu je sblh kelas dyorang smua bg slm n jerit nama aku walo kat kelas dyorg ada ckgu lain..bkn senang nak mendekati murid2 yang di benci oleh semua guru2 kat sek 2,skrg baru la aku fhm kenapa mereka jadi lbh lasak kt sek,peranan ibu bapa dan ahli keluarga sebenarnya amat penting sgt..mereka ketandusan kasih syg,perhatian akibat ibu bapa yang asyik sibuk ngn tugas seharian shj,akibatnya merka meresakan tidak ada sesiapa pun yang ambil berat tentang dirinya,lantas dari itu,mereka mengambil jalan pintas tok ponteng kelas,bersikap kurang sopan pada para pendidik n sebagainya..
dari pengalaman yang aku dapati n aku mahu kongsikan pada para pembaca,kebanyakan pelajar yang pintar dan sopan adalah terdiri dari keluarga yang harmoni n bergaul ngn rakan2 yang berakhlak..justeru itu,marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan kekeluargaan,persahabatan,dan jalinan kasih sayang antara satu sama lain. selain itu, hormatlah pada semua guru-guru kita x kiralah dia lebih muda atau telah melangkau usianya kerana guru adalah punca keberkatan ilmu yang kita pelajari...

Wednesday, May 13, 2009

MENGGALAMAN SEWAKTU CUTI SEM

Cuti sem dua nie,aku jadi cikgu ganti di sek.men.keb.Sri Perling,Johor bahru Johor.
aduh,penggalaman yang tidak dapat ku lupakan dan pengalaman yang amat mahal bagiku..aku terpaksa berhadapan ngn berbagai perangai muda-mudi yang rendah akhlaknya,murid yang tidak fokus masa guru mengajar,biadab,degil n sebagainya..
dulu waktu aku belajar sek.men.agama x merasa semua 2,situasi sekeliling aku semuanya baik,hormat guru,fokus bila guru mengajar ,senabg cita ada akhlak mulia la..kalo x,xkan selalu kena puji ngn cikgu2...he3,bukan bangga tapi nak ceritakan beza antara sek.men agama ngn sek.men kebangsaan...