Thursday, September 24, 2009

SERONOKNYA BERAYA!!!!!huhuhu

fuh,puas cuti raya yang diperuntukan saya gunakan untuk bersuka ria,berjalan sana-sini,hampir semua daerah kat johor nie saya berjalan...4 biji kereta bersaing dari rumah abah ke rumah semua sedara..semua adik beradik g skali..
yang puasnye saya la..huhuhu..bosan nek keta abg,g nek keta akak,dah puas nek keta akak g nek keta abg yang len,senang cite semua keta saya naik..huhuhu

tapi,dlm kunjung-mengunjung ke umh sedara,ada juga pengajaran yang saya dapat..
masa g umh nek usu kat felda air tawar 2,dia pesan soh blaja betul2 nnt leh dapat pekerjaan yg bgs2,dye cite kesusahan yang dia alami selama ini..kesian saya tgk..
abh pun cakap la,saya kene bersyukur cz dapat hidup ngn serba kemewahan,abh bwk g umh sedara kat felda 2 soh saya bermaafan dan belajar erti pengalaman kehidupan..

betul lah pujangga pernah berkata jauh perjalanan luas pengalaman....)

cuti raya nie memang seronok sgt..
alhamdulillah....

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


semua umat muslimin di bumi ini menyambut hari yang bahagia ini dengan penuh kesyukuran..

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan hari raya aidilfitri yang sebenarnya???

Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya. Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, umat Islam sepatutnya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan. Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27) Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.
Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”– (Surah An-Nisa': 1)

Kesimpulan
Sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah s.w.t

BERAKHIRNYA BLN RAMADHAN

pejam celik dah nak berakhir bulan yang mulia ini..
adakah semua amalan kita di terima???
berape banyakkah kita telah menghabiskan masa utk berdanping dengan Allah??

ya Allah,sungguh ku kecewa dengan ape yang dah ku lakukan..apa yang aku lakukan sepanjang bulan ini belum pernah mengembirakan dan memuaskan hatiku,ternyata lemah sungguh diriku ini untuk mencapai darjat puasa yang paling tinggi.

ku tangisi pemergian bulan ramadhan ini..(
adakah diriku mampu menjumpai ramadhan yang akan datang??
setiap detik jantungku berdenyut,air mata terus mengalir membasahi bumi..
ternyata aku insan yang lemah..

sepanjang waktu ramadhan yang diberikan ini hanya sedikit sahaja yangku infakkan untuk mengabdikan diri pada-Mu,aku leka dibuai kesenangan hidup,kenikmatan makanan,keseronokan berkawan dan tipu daya dunia yang mengasyikkan..


ku mohon ya Allah agar diriku dapat mengubah diri yang lemah ini menjadi hamba kesayanganmu,jauhilah diriku dari gelomang dosa..(

wahai para sahabat dan para pembaca..
renungilah...
kehidupan kita hanya sekali,
beramallah sebaiknya untuk menjadi bekalan di akhirat nanti,
janganlah kita bergelomang dengan kemaksiatan yang menjerat diri,
sedarlah kita bersama agar kita dikurniakan hidayah yang sejatiii...

Aminnn..